Thursday, December 30, 2010

JOM kempen TAKNAK makan NASI 2011:)

anda sanggup??????

sy sanggup utk melaksanakan kempen ini demi badan ku yang dh ala ala blue hyppo dh ni.. hoit.. kutuk diri sendiri tak apa:)


mari kita tgk apa sudah sy lakukan selain kempen ini

  • misi beli lotion mustajab 2 minggu lepas telah berjaya... sapu punya la sapu 2 x sehari.. erm.. lets see the result in one month.. kl hokey, sy beli lagi..

  • ada org suh sy minum teh org kampung.. tp.. kerana ketidak sukaan minum benda2 yg tak sedap.. maka sy tak minum pun.. n katanya tak elok minum teh itu.. ok.. sebab nya sy dh try minum 2 bulan yg lalu, 3 hari cirit birit tak henti2.. rasa cm nipis dh perut..:p

  • ada org suh sy exercise setiap hari 15 minit sehari pun jadilah.. kekadang sy buat kekadang tak.. tp lebih byk kepada tak.. cmne nk kurus kl main2 je kan.. so result pun main2 la..

  • n yg terbaru.. sy terbaca satu blog akak ni.. dia bg tips dari slimming centre yg dia pergi dulu dulu. dia kata.. jgn makan nasi selama 14 hari.. n sila ambil diet protein sahaja selama 14 hari pertama kamu diet... hokey .. n ingat 14 hari sahajar diet protein ini..ada sebab kenapa 14 hari sahaja.. sebabnya pun sy tak tau, akak ni ckp nnti dia dbgtau bila cukup 14 hari kemudia.. so, sy tunggu...sy agak suka dgr cerita ini. so kira2 mau melaksanakan nya sempena visi baru 2011:) hehe

kawan kawan.. sila tunggu respon sy 14 hari kemudian.ok.. bye:)


Thursday, December 23, 2010

again

buat kesekian kalinya.... sy rindu blog sy...


udah berapa lama tidak menhupdate. serius sgt rindu utk membebel disini.

tp mahap la.. sy tak punya byk masa di kala akhir2 tahun ini utk mengupdate.. my bubu blog ni..hehhee

log in just to say hi.. to all my follower.. to my new follower.. sorry tidak ada cerita baru..
mesti korang boring kan??


bye.. tunggu esok menjelma:))

Thursday, November 25, 2010

Zara potong daging je..:p

ilangkan stress dgn menulis blog

rindu dgn blog buat kali ke 100.. tp ni baru kali kedua bukak blog setelah bercuti panjang beraya kurban di kampung halaman tercinta.. Kelantan lahirnya awek comel ini:)

eh eh eh eh.. tetibe rindu membuak2.. sehinggakan tertulis la entry ini.. mahap semua.. sy ke putusan hubungan internet semasa di kg tercinta.. so, sy beraya sakan disana..

tak sakan mana, sebab sy tertinggal baju raya di rumah, so sad:( .. hari pertama, beraya dgn suar jeans n baju zara je.. nasib bukan raya puasa. kl tak, sanggup ku patah balik, semata2 nk amik baju ( tp org tua2 ckp, kl nk jalan jauh, tak elok patah balik) ni org tua ckp, bukan org muda ckp yea.. so sila faham maksud tersirat nya..


byk cerita nk di cerita kan.. tp sumer nya stuck di dlm draft sy saja.. tak mampu nk kuarkan sbg tuntunan ramai.. sebab tak mampu nk tulis kasi abis cerita itu. sebab takut korang tak mampu nk bc.. ( apeda.. ayat pusing2, kasi straight kan senang) sastera sikit namanya.. walaupun sy bukan peminat sasterawan...tp pelik,masa sekolah dulu, sy buleh masuk pertandingan kuiz sastera perdana sehingga ke peringkat kebangsaan ( teror kan aku) !

ok, nnti2 kl ada masa terlebih, sy publish entry yg jammed kat draft sy yea..buat masa skrg, just nk membebel tak tahu hala tuju je ni.. ( i LOIKE!) :)

ok lah.. nk bergerak tgk citer Kum Kum...

assalamualaikum.. sape nk teman sy shoping kat jalan TAR, jom. sy belanja:p


&******sebelum itu sila tuntun gmbr baju raya sy di Aidiladha 1431 H..


baju mahal2.. buat potong daging je...




hari raya kedua~~ my cousin's solemnization... awek tudung itam tu bakal
perantin tak tau biler:p





stresss tgk gmbr ni. coz sy yg paling besar...






ini gmbr buleh mengaibkan diri sendiri.ngehngeh.. excited..dlm tuh
beribu riban duit:p





sudah2 la interprem gmbr sendiri.. gmbr lebihan, sila tgk di fb sy...


ok bye.

Friday, November 12, 2010

Rindu dia...

Rindu kau wahai belog ku sayam...

mesti dh pk mcm2 kan , cik nurul ni rindu siapa.. eh. ku rindu kamu, rindu kamu.. ( buat muka gedixxx.. *__* )


( terngiang2 lagu dafi <> hokey jgn smbung, )


hari ni gigi ku sakit, terasa seperti bayi berumur satu tahun yg nk tumbuh gigi.. eccece.. bajet cm tau je rasa tumbuh gigi budak 1 tahun mcm mana kan.. sgt sakit gigi, nk kunyah pun takleh, ini kan puler nk mkn.. yeayyyy buleh kurus:) ngeeee...

semalam baru pulang dari melaka maju 2010. kata kawan sy, baru dpt title maju je tp tak maju pun lagi sebenarnya.. ( mek no komen sebab mek ore kelate tak tahu pasal melaka tahu melaka ada afamosa jah n ada afamosa resort yg indah kata dari rupa.. )


harini, mek duduk di rumah je, menghilangkan segala kepenatan yg ado.. n tetibe tergatal tgn nk search *the most beautiful island in the world* n sy jumpa ini membuatkan terus bernafas secara lajunya sehingga taknak berhenti dan terus menjerit.. CANTIKKNYA!!!!!!

sila tgk ini yea.. n siapa ada byk duit, jom ikut sy pergi ke pulau ini.. jom.. sila beli tiket flight sekarang..



cantik bukan........... ermmm.. aku teruja sila lihat lagi dibawah




cccccc.. betapa cantiknya ciptaan tuhan..

swimming pool di bawah resort!!!! hebat... sila tgk lagi best





akan kucari buai ini. bila kaki ku jejak di pulau ni nnti... ngeeee




ape yg korang nak lagi. bgn2 pagi, terus terjun ke bawah.. hahahahhaa..


sonang.. gmbr ini membuatkan sy terus close utk ke pulau ini .. nak tau pulau ape????...

hahahaa. pulau ini terletak di Lautan Pasifik. sgt jauh hokey.. jom pergi...

tak sebut lagi pulau ape.. haa... korang google je la.... this will be my 2nd island after Maldives Island.. yeahhaaa. mari survey pulau ini:) next year will be:) sape mau ikut, sila kompul duit rm50 sehari yea.. :) dan sila jgn marah sy sebab tak bgtau ni pulau ape.. nk tau sila pm sy secara rahsia..hahhaa..

ok bai

Monday, November 08, 2010

Cantik kamu

sy cantik.. anda bagaimana??? iklan sgt kan:)

memandangkan ramai di luar sana (ni ayat bajet hot) bertanya kepada sy, sy guna produk ape tuk muka sy.. sebab nmpk perubahan.. ha..

meh nk citer sikit sy pakai ape.. bukan SK2, bukan juga channel, bukan juga clinique dan bukan juga produk pasaran tempatan yyg tgh hot2 meletup skrg.bukan juga..

juga nya adalah. sy menggunakan ini


diterbangkan jauh dari Langkawi sana.. ini adalah set yg diguna pakai oleh sy hampir 3 bulan yg lalu.. hasilnya.. korang tgk la sendiri perbezaan nya.. yg botol itu adalah pencuci muka.. dan yg dlm kotak tu adalah mask.. sgt best


meh nk citer sikit pasal produk ni.. yg bestnya ia adalah 100% semulajadi.. tiada sedikit pun bahan kimia.. semua asalnya tumbuhan.. kl korang nk tahu, pencuci muka itu berbentuk serbuk.. so mmg takde unsur sabun.. so, sape yg berkulit sensitip mmg disarankan menggunakan produk ini..

dan mask itu pula adalah sgt2 bagus hasilnya.. segala parut lama2.. boleh dihilangkan hanya menggunakan mask itu shj, dipakai seperti pakai sedak sejuk.. mask itu juga boleh buat acrub badan (tp tak pernah cuba lagi la)..


so. kepada sesiapa yg berminat.. boleh contact sy thru my facebook.. or just leave ur msg here.. sy akan contact anda semula.. ok.. kecantikan adalah hak milik setiap insan..weeeeee



Saturday, November 06, 2010

Lelaki UNTUK Wanita

sy temui artikel ini di laman web iluvislam..


buat rakan rakan wanita. hayatilah setiap patah perkataan di dlm artikel ini. sesungguhnya ALLAH punya kuasa segalanya



dan buat rakan lelaki... segagah kamu, gagah lagi Allah yang maha Esa.. renungkan lah dan selamat beramal:)


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Maher Zain kau yang hensem

hahahahaha... sila lah jgn terpengaruh dgn tajuk entry.. sila sila silakan duduk

NOW!!

buat masa sekarang sy mmg addicted seketika dgn itu maher zain. bukan addicted dia, tp addicted kepada lagu2 dia.. sgt best, sgt lomantik, n sgt syahdu... tp tibe time rancak ko sebuk nk berjoget sampai lupa dalam rumah tuh ada org lain lagi kan..


BARAKA ALLAHU LAKUMA...
bukan 10x didgr, tak terhitung dh berapa kali, habes je, sila continue lagu sama.. smp kekadang rasa nk muntah, tp tak jd muntah sebab best sangat... lagu ini sgt rancak yea tuan dan puan. sila lah dengar. if dicerita feeling sorang2 tak best puler.. baiklah kamu mendengari nya juga.. buat lagu tema kawin pun best ni..tp kena bertemakan arabian ariba ariba la. baru padan dgn lagu yg membuatkan semua org akan bergelek nnti kecuali perantin...hahahha



FOR THE REST OF MY LIFE....
masyaAllah,nasib baik belum ada suami, kalau tak lagu ni tiap2 hari aku bg suami aku dgr. biar smp termuntah laki ku.. sgt syahdu hokey. kl hayati sekali dgn liriknya, kompem meleleh air mata korang.. tak percaya. silalah dengar



INSYAALLAH...
hokey ni pun sgt suka kau sehingga kan tak tido malam, nk tido je asyik dok menyanyi lagu ni.. ( hape dh, org nk tdo berzikir).. tidak, sy kan baik, sebelum berzikir, nyanyi la dpt tarik sekali, cukup.. pastuh zikir sampai tertido... antara lirik2 nya.. coz Allah is always by urside. INSYAALLAH.... u find ur way... ( ok, sy buat lirik sendiri) tp ala2 cmtuh la. nk tau rentak,. sila lah dengar



dan kesimpulan nya.. belilah CD maher zain berjudul Thanks ALLAH. then sape yg dh beli.. sila beritahu sy supaya sy buleh mintak tolong kamu burnkan utk sy satu... weheeeee....

Thursday, November 04, 2010

Maldives... awesome!!!!

wahhhhhhh.. ko rang pernah tgk pulau secantik ini tak??? pernah??? aku first time tgk ni.. ni pun angkara kawan sy bertanya td...


kawan sy: u nak ape dari Maldives, kawan i kat Maldives. nk kirim pape tak kat dia..

saya yg cun: ada ape kat maldives tuh?

kawan sy: u try la search kat google..

saya yg cun: baiklah.. jap lagi i google



GOOGLE punya GOOGLE...


hahambek kau.. ini yg aku jumpa...

mula mula ingat sukan komanwel punya majlis perasmian...huhu



klik NEXT




korang tgk....korang tgk. sy dh tak sanggup nk tgk. bukan sebab patung jadian 2 org tuh. tapi sebab kebiruan air itu.. MasyaAllah.... kuasa tuhan:)








ini kedai makan katanya... tp tak rasa mcm kedai makan.. disini dh seperti aquaria KLCC dh ni.. huhu... mmg teruja tgk..

so perbualan disambung

saya yg cun: u, i nk i laut dia la

kawan sy: i nk resort.. hahahahhahaa




HAHAHHAHAHAHAA... maknanya mmg takde ape souvenir or trademark yg menarik di sana selain dari pulau nya yg sgt best utk beristirhat @ bulan honey:) weeeeee

ayuhhhhh:)

sy tak jumpa ape2 yg menarik utk dibawa pulang ke Malaysia.. pabila klik next.. ( dlm kepala dh aim next vacation or tempat honeymoon will be here.. auwwwwwwesome babe!



penat dh jadi org cun... mari tido sumer...

Saturday, October 30, 2010

Kalau bosan.. jadi rajin tak bertempat..

kalau anda bosan apa anda akan buat???....

ok.. sy takmo tahu apa yg anda akan buat.. tp cuba amik tau apa yg sy akan buat.. nasib la dh masuk blog sy, so anda semua tidak dibenarkan sewenang wenangnya utk close this window..

AWAS.!!!

nnti laptop anda diserang virus yg akan membuatkan anda jengkil hati.. (berani buatla).. ngeeee..

PERTAMA 1)...
apa yg sy akan buat jikalau sy kebosanan.. fyi, sy jarang mengalami musim kebosanan.. kalau kebusyan selalu.. tp ni lah keje kl entry blog panjang, sudah tentu memang tgh bosan.. so, perkara pertama if sy bosan.. sy akan ngadap laptop. hupdate blog.. so kalau skrg ni selalu nmpk blog sy ter hupdate.. maknanya sy jarang busy.. selalu bosan.. tp bosan hanya sekejap. hanya sekadar di pinggiran tuk hupdate blog je pun.. pastuh menangis ko busy mcm hape..( Ni namanya rajin tak bertempat). tp dun worry, sy suka sumer itu...


KEDUA 2)
sy akan kemas bilik tido sy.. eventho every weeken ada bibik yg akan kemaskan.. tp kalau dh bosan.. sanggup kemas lagi sekali. silap haribulan. mop sapu semua buat balik.. hhahah. ni namanya rajin tak kena tempat.. (nurul hajar, cuba rajin kat umah mak mertua mcm ni, kan jd menantu kesayangammm:) tulisan kasi senget, warna kasi ala2 tak nmpk... so, korang buleh baca tak??? weeee..unfortunately, sy takde mak mertua lagi.. cmne.. so jadilah simpulan bahasa, rajin tak bertempat..



KETIGA 3)
Kalau dah alang2 kemas bilik tido sendiri.. selalunya.. n di ulang. selalunya jarang jarang sy akan kemas satu rumah:p... ni jarang jarang ye.. kl rasa bersemangat baru buat.. kalau tak. ayuh smbung tido je la..lagi2 pagi ahad.. ( eh tak jugak, pagi ahad sy selalu bawak mama sy g pasar.. berjalan2 di pasar. dh exercise namanya tuh.. kalau buleh nk jogging kat pasar tuh.. :p tgk, betapa rajin tak bertempat lagi..



KEEMPAT 4) dan mayb yg terakhir..
buat kek menjadi hobi baru sy sekarang, selain dari memasak makanan yg pelik2.. smp diri sendri takleh makan.. hahaha.. keje nya tgk resipi kat internet, salin, bawak masuk dapur, buat menggunakan bahan2 yg ado je.. yg takde. sila KIV.. maksudnya, kompem makanan tu tak sedap.. sebab tetinggal resipi.. so, sy skrg sedang belajar utk menjadi surirumah sepenuh masa.. sepenuh masa ye.. so kepada sesiapa yg ada abang yg belum kawin n bekerja, sila lah rekemen sy tuk menjadi kakak ipar kamu.. kompem abg kamu gemuk selepas kawin. opsss.. tidak..( ni mmg pekerjaan yg amat sy suka) dan pekerjaan tuk promote diri ni sgt la baik dan rajin tak bertempat namanya...


kek ni mesti sedap kalau nurul hajar yg buat.. ok... akan di pertimbangkan utk di buat..

sy hanya mampu buat kek menggunakan tepung segara je.. tak tau nk buat sendiri. takut tak sedap. tp tak ape. yg penting ada usaha nk jadi surirumah sepenuh masa. habes la suami aku setiap hari makan kek.. bolat mcm kek ni:p so, kena cari yg badan sederhana je b4 kawin..heheh mari mencari:p

Tuesday, October 26, 2010

selamat ulangtahun...

selamat ulangtahun buat mama n abah ku...

semuga kalian berdua dikurniakan kesihatan yang baik, murah rezeki dan umur yg panjang.. supaya dapat bersama2 menjalani kehidupan dgn anak2, menantu2, n bakal2 menantu (tak tau sape) cucu2 n cicit2 di masa akan datang:)





n selamat ulangtahun juga buat sesiapa yg bc blog sy ini yg dilahirkan pada bulan Oktober... terutama yg lahir pada 27 oktober.. ( sy tau anda baca blog sy.. grrrr.. stalker blog namanya tu).. happy Birthday to u. happily ever after with ur family:).... jgn lupa belanja pizza lg.. weuuuuu:)) sy tunggu delivery pizza ke rumah sy tanggal hari esok.. hahaha.. patutnya dia yg tunggu pizza dr sy.. ni terbalik.. al maklumla.. pizza itu makanan kegemaran sy ( sejak bila ada makanan kegemaran pula ni..haha).. tidak apa, makan kan utk hidup... ( sila buat sit up secara bykk lepas makan, kl tak perut buncit)..


ni hadiah birthday ikhlas dari nurul hajar + souvenir dari Bandung:)

weeeeeee...nti g Medan jgn lupa souvenir utk sy yea.. Bika Ambon satu!!!


Bold




ok. sila layan gmbr sy yg comey lagi lote ni.


~ mia berjaya mengkaver kegemukan aunty nya... wee




dh ala2 sama ngan baju biru tuh dh.. hatuii la.. jom gym ( kredit to my sis) *__*



yes ku suka gmbr ini!! stroller mia berjaya mengkaver kegemukan ku:p


husk. sudah sudah la kl asyik nk letak gmbr sendiri yg kelihatan kurus hanya di lensa... heheh..
ayuh kuar dulu:)

Sunday, October 24, 2010

Baju byk... wardrobe baru:)

asyik beli baju beli baju... sekarang baru tau dh tak muat nk simpan mana...

dan secara tiba tiba.. terasa seperti nk g IKEA.. cari wardrobe yang buleh muat semua baju yg dibeli secara tak sedar diri...


google punya google.. terjumpa yang satu ini menarik di hati.. gayagaya macam ada kat ikea. ni kompem segala barang kepunyaan ku akan disimpan di dalam ini dan dikunci rapi supaya takde sape dgn sesuka hati buleh pakai barang sy.. ( ini statement berkeras hati).. sila paham sumer..

ini mungkin setiap hari kena kemas ini wardrobe.. kalau tak silap haribulan tikus pun ada duduk beruma dalam ni.. tp tak mungkin.. umah ku takde tikus babe:)


ayuhhhhh IKEA.. smbil itu buleh makan meetball...yummmmyyyy..

Jalan jalan di Bandung 2

rindu rinduan jadi kenang kenangan...... ( tetibe berkumandang lagu spin) dan tetibe ku teringat pak supir selama 5 hari di bandung.. rindu pakcik tuh, sgt baik, smp kan dia sanggup angkat barang2 yg kitaorg shoping kat pasar baru walaupun dia ckp, berat sakit bahu dia. sgt kesian. tp bila nk tolong bawak dia tak bagi..

ok.. tetibe tgh taipp. segala nya hilang. tension. tu sebab dpt gejala malas hupdate blog setiap hari tuh.. ( ceewah alasan tetap ado).. biasalah, manusia tak lari dari beralasan..:p

marilah kita ke pangkal jalan. enggak bisa ngomong panjang2... senang citer bgtau.. sy di bandung keje nya hanya shoping shoping shoping.. then makan makan makan..itu rutih di siang hari.. rutin malam hari, tido tido tido:) ape ape pun, sgt best.. kepada kawan2 ku yg teringin sgt nk pegi, di suggest kan supaya korang pergi, feel sendiri perasaan shoping kain lace tuh.. kompem juling mata korang...
sila tgk kain je.. juling tak??? :)


nasib korang tgk kat cini, kl tgk secara life, rasanya rm1k pun tak cukup
ni.. grrr grrrr.... mmg hantu shoping..

takmo citer panjang lebar... di pasar baru mmg shoping kain lace je.. then adik n abg ipar aku buat suit.. murah je.. semurah kain lace semeter:P ( eceh, murah sgt tuh).. mmg la best.. tak dpt di gmbrkan dgn kata2 sebenarnya.. tp org ty. sy jawab jugak.. cuma ikhlas tak ihlas je jawab tuh.. hehhehee

mari tgk gmbr je la.. tak larat nk membebel sorang2 pagi2 buta ni..




kain kain.. pilih pilih




@ tangkuban perahu..


wuwuwuwuuwt.. tetibe angin malas menguasai diri..so smp disini sja citer episod kita ni.. babye.. nnti smbung lagi...

Thursday, October 21, 2010

Jalan jalan di Bandung 1

korang pernah tak rasa tetibe takde mood nk tulis entry bila tetiba page menulis sudah dibuka.. pernah tak rasa? pernah tak? :) sy tgh mengalaminya sekarang ini.. tp terasa kejap nk tulis, kejap taknak.. eh, mengada la ko.. pergi main jauh2 sana..shuh shuh..

ok.. mula mula kasi ku cerita bab perasaan teruja: Bandung mmg syurga soping..


berlepas dari LCCT jam 950pg waktu Malaysia. sesampai disana jam 1050 pg waktu Indonesia.. perjalanan mengambil masa 2 jam di udara.. ha, pelik ko nape korang kira2 jadi sejam je, padahal 2 jam.. waktu di indonesia lewat sejam dari malaysia.. secara logik berpk tak payah jd pandai matematik pun, mmg 2jam pun perjalanan:p dan tiba di Lapangan terbang soekarno hatta, Jakarta.


sesampai di sana.. transport ke Bandung telah menanti kami. perjalanan dari Jakarta ke Bandung selama hampir 4 jam perjalanan angkara macet ( jammed). sgt penat rasanya. sampai di Bandung, hujan turun dengan lebatnya.. di Bandung, petang malam hujan.

check di Hotel Patradisa di jalan wakencana.. ( buat2 ingat) berdepan dengan pusat pemerintahan kota Bandung. malam tu bantai ada konsert pulak kat situ.. sesak bangat jalan dengan hujan.. tp pengalaman berjalan dalam hujan pulang dari kedai makan ke hotel, mmg tak dpt dilupakan.. kat KL pun tak buat cmtu..hahahah.. ok.. selesai sudah cerita hari pertama di bandung.. sambung esok di entry seterusnya.. nantikan...:)


sila lihat foto2 yg dipamerkan bg mengambarkan keadaan sebenar:)
di Soekarno Hatta Airport, jakarta



sepanjang perjalanan dari Jakarta ke Bandung




Kota Bandung yg hujan




Hotel Patradisa, bandung




:)

Wednesday, October 20, 2010

Visit Bandung Indonesia 2010

nanti kan post ini semua ya.. nnti kan.. ibuk kepenatan baru pulang ini..
nnti akan di pamerkan disini sebagai post paling vogue 2010...hehhee:)

kesimpulannya.. sgt gembira n sgt best bershopping.. nntikan...

Tuesday, October 12, 2010

Miss bride to-be

hahahaha.. walaupun tak tau biler aku akan menjadi miss itu...(nnti aku miss saat aku jd miss single pula) tetapi hati ku tetap meronta ronta nk tulis post sebegini rupa.. angkara gatal g blogwalking,. sumernya sebuk dgn persiapan majlis masing2.. aku?? sebuk kumpul duit tak abes2.. hehehee.. tp tak ape ( ini ayat penyedap rasa) jodoh pertemuan di tgn tuhan, ada org cepat, ada org lambat, yg penting, usaha doa tawakal.. ececece.. beramal ibadah lak aku kat sini yea:)


yang penting aku sgt jelous tgk kawan2 yg dh kawin, n bakal nk kawin... hatui la.. awat korang ni cepatan sgt kawinnya.. aku baru nk g bandung nk cari bj tunang.. ( hhohoho) korang dh kawin.. ini ayat penyedap rasa kali kedua... relaks2 aku muda lagi...hahahhaha ( kalah ajinomoto kl buh ni):p


apa ape pun, tahniah kepada kawan2 ku yg sudah mendirikan rumah tangga.. aku tiang pun takde lagi :( tp aku tetap berdoa memohon padaNya... satu hari akan tiba jua masa utk hambaMu ini:) sy suka bila hari itu hadir dan menjelma dalam hidup sy.. of koz aku akan menjadi org yg plg bahagia pada hari tersebut selain dr dia:p ( siapakah dia, aku pun tak tau) .. sila jgn buat teka teki disini yea..n sila jgn jawab, sebab ini bukan ayat tanya, ini adalah ayat penyata..hehehee.



mahapppp sgt2.ini bukan aku.. ini model aku jumpa setelah
aku meng
"google" baju akad nikah.. model ni yg aku jumpa dulu.
so aku paste kat
sini..cantik gak la baju nikah tuh...



****** ini baju tak silap aku rekaan Udaimatunnur....



ok la... takmo panjang lebar bercerita tentang miss bride to-be.. nnti aku panjang lebar berangan berkoya koyaan.. nnti payah mak aku.. hehhehe.. marilah berdoa agar dipercepatkan jodohh ku.. aminn..

Tuesday, October 05, 2010

Hati ku di Bandung...

eeyahahaaaaa kawan2.. hatiku sudah di hantar ke bandung walaupun lagi seminggu sy mahu terbang ke sana.pasport pun belum buat.. huhu.. semacam takmo pergi pun ada.. tp telah jatuh cinta melihat gmbr2 kedai kain lace yg sgt cantik n sangat murah disana.. makanya.. kena pergi jua...


BANDUNGGGGGGGGGGGGGGGG>>> here i come..

sy akan berlepas ke Jakarta tanggal 16hb10 jam 9pg bersama ahli keluarga ku seramai 6org semuanya.. n akan berangkat pulang ke Malaysia tanggal 22hb 10.. agak lama juga kiranya berada disana. so muntah2 la bershoping kat sana nnti... g satu beg je, balik 10 beg..hahahaha..

ok, papepun jgn bersedih kerana sy belum berlepas... n kepada kawan2 or sesiapa sahaja yg nk kirim pape, sila pm sy di fb or buleh contact thru phone tuk sesiapa yg ada number sy.. takpun, komen je kat sini. sure sy reply:p ngeeeeee...

tersangat la excited nk g bercuti..tp ada perasaan sedih juga tuk tinggal kerja an sy di KL...

Monday, October 04, 2010

Gambar cantik bila model pun cantik:)

:):):) sy suka sgt sangat sangat tgk gmbr dr OP wedding nawal.. sepuluh kali tgk pun takpe kau.. rasa mcm miracle bila tgk gmbr tuh.. miracle pertama tak caya nawal dh kawin, miracle kedua tak caya yg aku leh ada kat situ:P..... pape pun , aku tetap aku..kan kan kan:)

sila memberi credit kepada Bro Rashdi beserta assistant nya yg sgt sporting Bro Alfie n Bro Kamal.. mereka sgt2 havoc, serta berjaya memhavockan keadaan.. korang cuba bayang kan perantin tgh bersanding kat atas pelamin, kitaorg se geng leh bergmbr kat one of the table secara beramai2 dgn OP pada majlis malam itu.. sape tak havoc kau.. kitaorg di mana2 mmg akan buat majlis yg sebegitu jd majlis kitaorg... perantin pun jelous.. sebab dia kena cover cun n macho je.. yg pelik nya, bro2 OP ni, sakan dok amin gmbr kitaorg.. siap baring2 atas lantai.. hahahahhaha.. u all mmg sporting n vogue abes ar.. n kami masih menanti gmbr2 yg cun2 itu.. smp tak buleh tido malam menanti:P


papepun, sebelum majlis berlansung, kami bekas bekas tupperware JAKSA,.. bertungkus lumus menyiapkan sgala persiapan majlis.. tag all the table.. mmg sgt kalut, n tetibe teringat zaman2 dahulu handle Dinner kolej. secara beramai2.. hehhee. serunuk..majlis berlansung dgn jayanya.. (rasa mcm dh cerita masa post sebelum ni, tp tak ape nk citer gak.. sebab double triple excited) ok, kamu tau sape yg tersangat excited.. tentulah kami n saya dan kami:) hehehe..

marilah kita dgr gmbr bercerita kegembiraan yang dirasa.. kata2 nih kadang 2 org kata kita tipu.. so lets ,ENJOY:)



nawal, nasib ko perantin.. kl tak takde nya nk angkat..huhuh


mmmmuaaaahhhhh.....



heheheeh.. aksi ini lebih dr 3x diaksikan.. sebab tak jd.. tak jd
sekali..puas kutip bunga balik.. kesian perantin..harus kena kutip jugak




haaaaaaaaa.. sy suka aksi ini.. ini dilakukan ketika perantin sedang
sebuk bersalaman dgn tetamu dipintu kuar.. kami berposing ngan jurugmbr.. \ *credit tu Bro Alfie yg sangup berbaring tuk snap pic nih.. best!!



SUMBER: PEVEYHACK.COM .. sgt superb.. all the best bro.. sy booking kamu bertiga tuk wedding sy yg tak tau biler.. boook je..AAk>)

Tuesday, September 28, 2010

Ini Perempuan Jujur sudah kawin:)

Assalamualaikum..... hehhee.. tiba tiba teringat nk bg salam kepada anda semua.. sila jawab ya:)


hari minggu yg lalu.. sy menghadiri n melibatkan diri dlm menguruskan majlis perkhawinan kawan sy merangkap ex rumate di UKM dan merangkap mantan nydp jaksa KPZ UKM.. ok sila tgk gmbr ya..

tarikh: 25 september 2010
venue: dewan sri endon, presint 10, putrajaya..


perantin berarak masuk ke dewan


next.. will be on the right side..ngeh ngeh:)




kami yg sengal mengal.. majlis org buat macam majlis sendiri..
pedulik ....
walaupun ada Datuk Bandar shah alam masa tuh...



kami diatas pelamin yg tersergam indah:)




bersama MC majlis.. NASH:)





bersedia tuk baling bungaaaaaaa.... post tuk photographer




hahahaha.kami pendikir yg dijemput...




moment moment terindah.. berkumpul semua.. bersama Prof Dr Yahaya:)




hahahahah..macam dinner kolej:p



bersedia utk posinggggg...



Alhamdulillah..maka selamat sudah Puan nurunnawal menjadi isteri org...tahniah.. next.. will be???? jeng jeng. nntikan kemunculan episod seterusnya.... siapa pula ya...

Wednesday, September 22, 2010

1 syawal dh 13 syawal....

hehhee... dh 13 syawal... citer pasal 1 syawal baru nk citer.. tak apa.. sebab penulis sgt busy pada 1 syawal tersebut.. sehinggakan 12syawal pun tak rasa mcm dh 12 syawal:) ( tak paham, tak apa. nnti anda akan paham).. ok:)

sy tak punya gmbr pada 1 syawal yg lalu.. disebabkan terlalu sibuk melayan tetamu yg dtg mengunjugi rumah famili sy.. ni la penangan tak balik kampung diriuhkan satu kampung. ni la jadinya... ( hambek penat smp ke malam ke 2 syawal pun tak abes2)... sedih juga sebab tiada gmbr dgn baju raa sy yg cantik berwarna biru itu.. sekejap je wangi, pastuh dh bau rendang, ketupat nasi dagang segala bagai... seharian berada di ruang makan menjamu tetamu...


ku menanti tahun depan punya raya menjelma... hukkksss sgt tak sabar... wiiiiiii... nk sedundun famili katanya.. sy support!!!! hahaha..


dh2 la citer pasal raya, sebab raya tahun ni tak rasa mcm raya sgt pun.. sebab apa.. sebabnya sy tak mencapai apa yg sy nk lagi.. InsyaAllah.. becoming next year.. will be the best raya in my life... insyaAllah:).. lets tido..dh kul 1 pagi:p

Thursday, September 02, 2010

Mood: tak berapa nk raya;p

nk tau sebab ape.. sebab baju raya yg ditempah sebulan sebelum puasa.. terpaksa di oter semula... bukan atas sebab sy sudah gomuk.. tidak..sy makin kurus k.. tp atas sebab tukang jahit tersalah jahit... baju ku jadi senteng semacam..agaknya makin pendek pula kot.... grrrrr grrrr geram je tgk bila tauke tuh suh dtg amik.. terus darah ku mengalir begitu laju sehingga ke hidung. rasa cm nk hembus darah tuh je keluar.. peduli org nk kata.. herkkkk ( ni bukan perangai buruk, ni namanya protes!)


conclusion nya.. sy mintak dia ubah segala yg silap.. td baru dpt sms kata bj dh siap.. malas rasa nk pergi amik, sebab dh buleh byg ape jd pada bj tersebut.. dh la kain lining woooo..amoi, ko buat aku takde mood nk raya...kl tak puas hati , kompem sy mintak tukar ngan baju yg dia jual siap tuh...kompem.. aku tak kira!!! aaaaaa.. customer always rite.. so what?? ;p..
.

~~~~sy nk pakai tudung cmni time raya nnti.. cantik tak cantik tak?????

Sunday, August 29, 2010

Balik kampung.... go back village

( translation secara direct tajuk post..) hahaha..


im totally not happy rite now.. bila tau akan beraya di Sg buloh sahaja.. huwaaaaa... boring babe.. walaupun rumah ku berada di kawasan kg di sg buloh ini, namun ia bukanlah kg yg sebenar utk berhari raya.. sedih buat kali kedua( ececece pdhal setiap masa bersedih sebab tak blk kg)..

sy tau kawan2 sy ramai pulang ke kampung halaman masing2 tuk menyambut lebaran nnti.. sy beraya di Kg paya jaras dalam, sg buloh ( weyh kg gak tau).... sesaje nk sedapkan hati sendiri walhal tak best pun raya kat sini.. ~~~mampus aku kl abah aku tau~~~gagagaulalalala.hahah..

korang blk mana raya nih?? nape aku sibuk sgt tanya korang blk mana ek??n nape mood raya tetibe membuak buak kat dlm diri aku ni yea.. padahal puasa pun tak penuh..grrrrr.. takpe. actualy ya my frens... ni ayat soalan nk sedapkan hati sendiri supaya jgn bersedih di pagi raya nnti...

im missing KELATE... seriously...



sy rindu suasana iniiiiiiiiiiiiiii....:(

iniiiiiiiiiiiiiii



dan iniii

suasana di pagi 1 syawal... really miss it..

n sy rindu tok ayah sy...:(


fyi: tahun depan baru beraya di Kelate.. weeeee.. adakah sy sudah bertukar status.. nntikan:)

Friday, August 27, 2010

Ariba arabia.... Damascuz Gate..

Ahad yang lepas.. ahaks... ahad bila??? 12 Ramadhan yang lalu.. sy bersama kawan2, berbuka puasa di Damascus Gate.. Jalan Damai, Kuala lumpur.. tersergam indah sebuah restoran makan ala-ala arab mari.. maka org yg mahu masuk ke dalamnya juga kena dan wajib menyerupai arabian:) maka dengan ini mohor besar raja raja ingin mentepek gmbr saja ...


ayuhhh nuntun foto saya ya:p enjoy..buat tatapan insan2 yang menanti kejutan daripada sy,, eh..tak terkejut pun sebenarnya,, tp kalau nk buat2 terkejut tak salah pun;p


eh, bulan2 puasa jgn over enjoy sgt, nnti batal pose:p






pengumuman: malam tersebut sy menang anugerah best dress arabian:) dapat duit raya... suka suka:)))))


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...