Friday, November 04, 2011

Bingka Roti... manis sungguh bingka ini

Mungkin saya terlebih letak gula.. menjadikan bingka yg sy buat semalam agak manis jugak.. tp tetap lemak2 manis gitu... maaf.. saya lupa snap gambar. hanya sekeping gambar sahaja sempat di ambil, itu pun masa bingka itu dlm kukusan.. tgh nk masak sy snap..

kepada anda yg suka makan makanan yg berkukus. boleh buat bingka roti ni.. mcm puding roti jugak, tp puding roti selalunya org bakar, tp bingka ini dikukus... ok jom kita tgk sekeping gambar ini.. saya nk pergi tuntun tv harini ada siaran langsung anugerah ape ntah tetiba tak ingat... bai




ini resepi bingka di atas yea. sapa rajin boleh buat.. senang je cara penyediaanya...



BINGKA ROTI KUKUS PANDAN
Resepi : Notabilia
Sumber : Ummi @ Home Sweet Home

8-10 keping roti putih ( guna 9 keping roti Gardenia - x perlu disiat kecil)
200 ml santan - ( guna santan kotak Kara je)
200 ml air
1 cawan gula ( letak 3/4 cawan je gula kastor)
4 biji telor - ( buang tali pusatnya)
1 sudu teh garam halus
1/2 sudu teh pes pandan
2 helai daun pandan - disimpul

Sediakan loyang 8 inc dan gris loyang dengan sedikit butter
Dalam mangkuk besar, kacau bersama santan, air, gula, telor, garam dan pes pandan dengan menggunakan whisk sahaja.
Kemudian rendamkan kepingan roti ke dalam adunan di atas dan biarkan sekurang-kurangnya 10 minit.
Pindahkan kepingan roti yang direndam tadi ke dalam loyang
Tuangkan lebihan adunan juga ke dalam loyang.
Letakkan daun pandan yang telah disimpulkan di atas permukaan roti tadi.
Balut tutup loyang dengan aluminium foil
Sediakan kukusan dan bila air mendidih, kukus bingka selama 15 - 20 minit. 
Sejukkan pada suhu bilik sebelum dihidangkan.



selamat mencuba


No comments:

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...