Thursday, November 25, 2010

Zara potong daging je..:p

ilangkan stress dgn menulis blog

rindu dgn blog buat kali ke 100.. tp ni baru kali kedua bukak blog setelah bercuti panjang beraya kurban di kampung halaman tercinta.. Kelantan lahirnya awek comel ini:)

eh eh eh eh.. tetibe rindu membuak2.. sehinggakan tertulis la entry ini.. mahap semua.. sy ke putusan hubungan internet semasa di kg tercinta.. so, sy beraya sakan disana..

tak sakan mana, sebab sy tertinggal baju raya di rumah, so sad:( .. hari pertama, beraya dgn suar jeans n baju zara je.. nasib bukan raya puasa. kl tak, sanggup ku patah balik, semata2 nk amik baju ( tp org tua2 ckp, kl nk jalan jauh, tak elok patah balik) ni org tua ckp, bukan org muda ckp yea.. so sila faham maksud tersirat nya..


byk cerita nk di cerita kan.. tp sumer nya stuck di dlm draft sy saja.. tak mampu nk kuarkan sbg tuntunan ramai.. sebab tak mampu nk tulis kasi abis cerita itu. sebab takut korang tak mampu nk bc.. ( apeda.. ayat pusing2, kasi straight kan senang) sastera sikit namanya.. walaupun sy bukan peminat sasterawan...tp pelik,masa sekolah dulu, sy buleh masuk pertandingan kuiz sastera perdana sehingga ke peringkat kebangsaan ( teror kan aku) !

ok, nnti2 kl ada masa terlebih, sy publish entry yg jammed kat draft sy yea..buat masa skrg, just nk membebel tak tahu hala tuju je ni.. ( i LOIKE!) :)

ok lah.. nk bergerak tgk citer Kum Kum...

assalamualaikum.. sape nk teman sy shoping kat jalan TAR, jom. sy belanja:p


&******sebelum itu sila tuntun gmbr baju raya sy di Aidiladha 1431 H..


baju mahal2.. buat potong daging je...




hari raya kedua~~ my cousin's solemnization... awek tudung itam tu bakal
perantin tak tau biler:p





stresss tgk gmbr ni. coz sy yg paling besar...






ini gmbr buleh mengaibkan diri sendiri.ngehngeh.. excited..dlm tuh
beribu riban duit:p





sudah2 la interprem gmbr sendiri.. gmbr lebihan, sila tgk di fb sy...


ok bye.

Friday, November 12, 2010

Rindu dia...

Rindu kau wahai belog ku sayam...

mesti dh pk mcm2 kan , cik nurul ni rindu siapa.. eh. ku rindu kamu, rindu kamu.. ( buat muka gedixxx.. *__* )


( terngiang2 lagu dafi <> hokey jgn smbung, )


hari ni gigi ku sakit, terasa seperti bayi berumur satu tahun yg nk tumbuh gigi.. eccece.. bajet cm tau je rasa tumbuh gigi budak 1 tahun mcm mana kan.. sgt sakit gigi, nk kunyah pun takleh, ini kan puler nk mkn.. yeayyyy buleh kurus:) ngeeee...

semalam baru pulang dari melaka maju 2010. kata kawan sy, baru dpt title maju je tp tak maju pun lagi sebenarnya.. ( mek no komen sebab mek ore kelate tak tahu pasal melaka tahu melaka ada afamosa jah n ada afamosa resort yg indah kata dari rupa.. )


harini, mek duduk di rumah je, menghilangkan segala kepenatan yg ado.. n tetibe tergatal tgn nk search *the most beautiful island in the world* n sy jumpa ini membuatkan terus bernafas secara lajunya sehingga taknak berhenti dan terus menjerit.. CANTIKKNYA!!!!!!

sila tgk ini yea.. n siapa ada byk duit, jom ikut sy pergi ke pulau ini.. jom.. sila beli tiket flight sekarang..



cantik bukan........... ermmm.. aku teruja sila lihat lagi dibawah




cccccc.. betapa cantiknya ciptaan tuhan..

swimming pool di bawah resort!!!! hebat... sila tgk lagi best





akan kucari buai ini. bila kaki ku jejak di pulau ni nnti... ngeeee




ape yg korang nak lagi. bgn2 pagi, terus terjun ke bawah.. hahahahhaa..


sonang.. gmbr ini membuatkan sy terus close utk ke pulau ini .. nak tau pulau ape????...

hahahaa. pulau ini terletak di Lautan Pasifik. sgt jauh hokey.. jom pergi...

tak sebut lagi pulau ape.. haa... korang google je la.... this will be my 2nd island after Maldives Island.. yeahhaaa. mari survey pulau ini:) next year will be:) sape mau ikut, sila kompul duit rm50 sehari yea.. :) dan sila jgn marah sy sebab tak bgtau ni pulau ape.. nk tau sila pm sy secara rahsia..hahhaa..

ok bai

Monday, November 08, 2010

Cantik kamu

sy cantik.. anda bagaimana??? iklan sgt kan:)

memandangkan ramai di luar sana (ni ayat bajet hot) bertanya kepada sy, sy guna produk ape tuk muka sy.. sebab nmpk perubahan.. ha..

meh nk citer sikit sy pakai ape.. bukan SK2, bukan juga channel, bukan juga clinique dan bukan juga produk pasaran tempatan yyg tgh hot2 meletup skrg.bukan juga..

juga nya adalah. sy menggunakan ini


diterbangkan jauh dari Langkawi sana.. ini adalah set yg diguna pakai oleh sy hampir 3 bulan yg lalu.. hasilnya.. korang tgk la sendiri perbezaan nya.. yg botol itu adalah pencuci muka.. dan yg dlm kotak tu adalah mask.. sgt best


meh nk citer sikit pasal produk ni.. yg bestnya ia adalah 100% semulajadi.. tiada sedikit pun bahan kimia.. semua asalnya tumbuhan.. kl korang nk tahu, pencuci muka itu berbentuk serbuk.. so mmg takde unsur sabun.. so, sape yg berkulit sensitip mmg disarankan menggunakan produk ini..

dan mask itu pula adalah sgt2 bagus hasilnya.. segala parut lama2.. boleh dihilangkan hanya menggunakan mask itu shj, dipakai seperti pakai sedak sejuk.. mask itu juga boleh buat acrub badan (tp tak pernah cuba lagi la)..


so. kepada sesiapa yg berminat.. boleh contact sy thru my facebook.. or just leave ur msg here.. sy akan contact anda semula.. ok.. kecantikan adalah hak milik setiap insan..weeeeee



Saturday, November 06, 2010

Lelaki UNTUK Wanita

sy temui artikel ini di laman web iluvislam..


buat rakan rakan wanita. hayatilah setiap patah perkataan di dlm artikel ini. sesungguhnya ALLAH punya kuasa segalanya



dan buat rakan lelaki... segagah kamu, gagah lagi Allah yang maha Esa.. renungkan lah dan selamat beramal:)


Wanita tidak semestinya memerlukan lelaki, tetapi wanita dan lelaki saling memerlukan, cinta itu anugerah.

Mengapa wanita memerlukan lelaki di dalam hidupnya? Untuk beberapa waktu dahulu, ia begitu memukul-mukul kepala.

Ya, apa perlu seorang wanita yang bebas mempertaruhkan sebahagian besar hidupnya kepada tangan seorang lelaki?

Bukankah lebih hebat jalan dihujung minggu bersama kawan rapat, berkenyit-kenyitan mata kepada lelaki kacak yang saling tidak putus dan tidak lokek senyum tanda salam perkenalan.

Saya mempunyai seorang rakan, sederhana cantik, tidak terlalu kurus tidak terlalu gemuk, tidak terlalu buruk, tidak terlalu jelita, manisnya ada, santunnya memikat orang tua, beragama juga kerana selalu sahaja diceritakan dia terhendap-hendap membawa sejadah masuk ke bilik stor kecil untuk solat, dan dia sentiasa cuba gembira dengan kehidupannya yang solo.

Tetapi saya fikir, saya faham apa yang berputar-putar dalam kepalanya.

Dia tidak dapat berdusta betapa kebahagiaan cinta kawan-kawan membuatnya cemburu, dan membuatnya selalu terfikir-fikir: Apalah perasaan gadis yang dipuja dan dicintai hebat oleh seorang lelaki.

Kawan, saya harap dia membaca artikel ini. Cinta tidak datang dipaksa-paksa. Cinta tidak juga datang kala kita mahukannya. Jika kita mahukan ia menjadi air, ia datang seperti api.

Tetapi, jika kita bersabar dan menerima ketentuan Tuhan, seorang lelaki yang baik akan didatangkan kepada kita juga. Lelaki yang baik itu tidak turun dari langit.

Lelaki yang baik itu juga tidak semestinya datang dengan kepala berketayap, janggut selambak atau harta membuak-buak.

Tetapi lelaki yang baik, jika Tuhan mahukan dia menemani kita sepanjang hayat, membimbing kelakuan kita, menjaga kemurnian kalbu bersama-sama, mendidik, membuka jalan agar kita dapat memperdalam selok belok agama yang barangkali selama ini hanya menjadi pakaian dan lencana, dan memberikan kita zuriat yang halal lagi dirahmatiNya.

Dia akan datang apabila tiba masanya. Lambat atau cepat, maafkan saya, kerana Allah itu yang lebih mengetahui.

Kawan, kedatangan seorang lelaki dalam kehidupan seorang wanita seperti manusia kudung yang diberikan semula sebelah kakinya. Dia menyempurnakan kita.

Namun, tidak kira semasyhuk mana sekalipun perkasihan dua jantina, selain perkara yang cantik-cantik dan molek-molek, kita, wanita, harus bersedia menerima kehodohan-kehodohan perhubungan.

Kerana apabila kita mempersilakan seorang lelaki duduk di samping kita untuk sepanjang hayat, bererti kita harus langsung juga mempersilakan sekian masalahnya berbaring di bahu kita.

Kerana itu tidak hairan jika kita mendengar ada di kalangan kita, gadis, yang merungut-rungut kerana tanggungjawabnya terhadap keperluan hidup lelaki tidak juga berkurangan walaupun belum lagi berkahwin.

Ya, lelaki memang mendatangkan bahagia.

Tetapi lelaki juga mendatangkan sengsara. Namun jika kita bijak menatangnya, semuanya pasti baik-baik sahaja. Itulah adat dalam perhubungan. Yang buruk-buruk pasti ada.

Barangkali daripada si dia, barangkali juga daripada kita, tetapi kita harus cermat mengimbangkannya agar jodoh berkekalan ke hari tua.

Bagi yang sedang galak bercinta dengan lelaki permata jiwa tetapi menerima tentangan keluarga dua pihak, jika anda fikir anda tidak mungkin mampu hidup bahagia tanpa restu ibu bapa, maka ada baiknya anda menyerah kalah saja.

Walaupun tidak saling memiliki, dan cinta tidak juga diwali dan dinikahi, anda dan dia tetap pengantin di dalam jiwa.

Barangkali sudah sampai masanya anda mencari sahaja lelaki lain untuk dibawa pulang menemui ibu bapa.

Bercakap soal kahwin, beberapa kenalan rapat yang dewasa bersama-sama.

Sejak zaman gatal-menggatal kenyit mengenyit kala di bangku pengajian, kini sudah disunting, dan bakal menjadi isteri kepada lelaki yang mereka cintai.

Semoga mereka tak tersalah pilih.

Dan semoga lelaki yang dipilih, melaksanakan tanggungjawab dan melunaskan hak suami isteri.

Wanita, kita dicipta dengan kemuliaan syahadah. Kerana benih seorang lelaki, kita ini tersenyawa, dikurnia tenaga sehingga kita mampu menyibak jalan keluar dari rahim ibu untuk melihat dunia.

Kerana benih seorang lelaki, kita ini ditiupkan jiwa, menjadi manusia, dan mencari seorang lelaki untuk dicintai, sebagaimana ibu diilhamkan Tuhan untuk berkasih sayang dengan bapa.

Dan kerana Tuhan yang Maha Kuasa dan Maha Pencipta, kita wanita, kita ini diciptakan daripada lengkungan rusuk kiri lelaki, tidak terlalu gagah sehingga mengenepi kudrat lelaki, tidak juga terlalu lemah sehingga jatuh menyembah kaki.

Tetapi kerana ciptaan Tuhan itu indah, kita terbit daripada rusuk lelaki, bukan dekat kepala untuk dijunjungi, bukan dekat bahu untuk membebani, bukan dekat lengan untuk dijulangi, bukan dekat jari untuk disakiti, bukan dekat pinggul untuk dihenyaki, bukan dekat lutut untuk ditindihi, bukan dekat kaki untuk ditunggangi, tetapi dekat pelusuk hati untuk dimulia, disayangi dan dicintai.

Andai lelaki itu burung yang terbang, kita adalah angin lembut yang bersisir-sisiran sepanjang perjalanannya.

Tetapi kerana fitrah kejadian Tuhan wanita itu kebergantungan hidupnya harus saja diserahkan kepada seorang lelaki yang boleh melindungi, maka kita pun tidak selamanya mahu menjadi angin semata-mata.

Kita mahu menjadi bunga, menghias sayapnya. Kita mahu terus bersama-sama, terbang dari rendah perkebunan bunga sehingga ke sayup langit terbuka, sehingga jalannya yang paling hujung, sehingga kita tua, rapuh dan mati.

Tetapi kita bahagia dalam dakapannya, semoga kita semua diketemukan dengan jodoh yang baik..InsyaAllah...

Maher Zain kau yang hensem

hahahahaha... sila lah jgn terpengaruh dgn tajuk entry.. sila sila silakan duduk

NOW!!

buat masa sekarang sy mmg addicted seketika dgn itu maher zain. bukan addicted dia, tp addicted kepada lagu2 dia.. sgt best, sgt lomantik, n sgt syahdu... tp tibe time rancak ko sebuk nk berjoget sampai lupa dalam rumah tuh ada org lain lagi kan..


BARAKA ALLAHU LAKUMA...
bukan 10x didgr, tak terhitung dh berapa kali, habes je, sila continue lagu sama.. smp kekadang rasa nk muntah, tp tak jd muntah sebab best sangat... lagu ini sgt rancak yea tuan dan puan. sila lah dengar. if dicerita feeling sorang2 tak best puler.. baiklah kamu mendengari nya juga.. buat lagu tema kawin pun best ni..tp kena bertemakan arabian ariba ariba la. baru padan dgn lagu yg membuatkan semua org akan bergelek nnti kecuali perantin...hahahha



FOR THE REST OF MY LIFE....
masyaAllah,nasib baik belum ada suami, kalau tak lagu ni tiap2 hari aku bg suami aku dgr. biar smp termuntah laki ku.. sgt syahdu hokey. kl hayati sekali dgn liriknya, kompem meleleh air mata korang.. tak percaya. silalah dengar



INSYAALLAH...
hokey ni pun sgt suka kau sehingga kan tak tido malam, nk tido je asyik dok menyanyi lagu ni.. ( hape dh, org nk tdo berzikir).. tidak, sy kan baik, sebelum berzikir, nyanyi la dpt tarik sekali, cukup.. pastuh zikir sampai tertido... antara lirik2 nya.. coz Allah is always by urside. INSYAALLAH.... u find ur way... ( ok, sy buat lirik sendiri) tp ala2 cmtuh la. nk tau rentak,. sila lah dengar



dan kesimpulan nya.. belilah CD maher zain berjudul Thanks ALLAH. then sape yg dh beli.. sila beritahu sy supaya sy buleh mintak tolong kamu burnkan utk sy satu... weheeeee....

Thursday, November 04, 2010

Maldives... awesome!!!!

wahhhhhhh.. ko rang pernah tgk pulau secantik ini tak??? pernah??? aku first time tgk ni.. ni pun angkara kawan sy bertanya td...


kawan sy: u nak ape dari Maldives, kawan i kat Maldives. nk kirim pape tak kat dia..

saya yg cun: ada ape kat maldives tuh?

kawan sy: u try la search kat google..

saya yg cun: baiklah.. jap lagi i google



GOOGLE punya GOOGLE...


hahambek kau.. ini yg aku jumpa...

mula mula ingat sukan komanwel punya majlis perasmian...huhu



klik NEXT




korang tgk....korang tgk. sy dh tak sanggup nk tgk. bukan sebab patung jadian 2 org tuh. tapi sebab kebiruan air itu.. MasyaAllah.... kuasa tuhan:)








ini kedai makan katanya... tp tak rasa mcm kedai makan.. disini dh seperti aquaria KLCC dh ni.. huhu... mmg teruja tgk..

so perbualan disambung

saya yg cun: u, i nk i laut dia la

kawan sy: i nk resort.. hahahahhahaa




HAHAHHAHAHAHAA... maknanya mmg takde ape souvenir or trademark yg menarik di sana selain dari pulau nya yg sgt best utk beristirhat @ bulan honey:) weeeeee

ayuhhhhh:)

sy tak jumpa ape2 yg menarik utk dibawa pulang ke Malaysia.. pabila klik next.. ( dlm kepala dh aim next vacation or tempat honeymoon will be here.. auwwwwwwesome babe!



penat dh jadi org cun... mari tido sumer...

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...