Wednesday, March 18, 2009

setahun sekali je

waLaaaaa..post kali ni nk buh gmbr je., sebab gambar je boleh merungkai sgala kenangan..nk mengimbau kenangan lalu.sonok n sedih biler tgk gmbr2 ni nnti..coz akan teringat kengkawan mantan JAKSA aku...rindu korang sumer...tak sabar nk tunggu Bagan LAlang..:) kite tgk sape yg kena yea farol n nawal...:p



~keadaan di dlm dewan ketika dinner kolej 2008~pentas itu aku decorate bersama dik K1 yea.. memories




~suasana sebenar pada mlm itu..ni mlm junior..aku as pemantau yg suke menyebuk..wahaa



~farol....kantoi baju kite.wahaa..tp takpe..mlm nih kite sbg pemantau je kan.




~kami as pemantau...tgk tuh siap kena pakai tag lagi..bukti bukti


~kami makan..time makan la



~malam kami diraikan sebagai final year student..




~saya bersama kakak ila




~aku bersama wanee...mantan s/u vs mantan bendahari



~aku ketika final year..kehkeh



~aku ngan nahwallll...mantan s/u vs mantan nydp1




KAMI BERAMAI-RAMAI YG DIRAIKAN...for the last moment..bessh beshh

Tuesday, March 17, 2009

Bumi bukan milik kita....

Makluman ini aku dapat daripada seorang kawan aku, dulu cosmate aku mase degree... kepada kengkawan lain, hayatilah kisah ini, dan renung-renungkan dan selamat beramal:)


Pengkebumian jenazah dalam Islam adalah tatacara terakhir selepas mayat itu dimandikan, dikapankan dan disolahkan.

Yang hendak di utarakan ini pasal musibah kematian pelajar2 kita di luar negara khususnya di US, hatta ada, juga ibubapa pelajar sendiri yang meninggal di sini tatkala mereka datang untuk meraikan commencement kejayaan anak2 mereka, ditakdirkan Allah mereka meninggal di Amerika.

Dalam Islam, di mana kita meninggal maka di situlah pusara kita. Kita ditegah mengangkut mayat tersebut untuk dibawa ke tempat lain, misalan kampungnya. Banyak antara kita berbuat begini. Mayat diterbangkan beribu batu, hatta sebelum diterbangkan, mayat itu akan tersimpan berhari2 di rumah mayat (mortuary). Ini menyiksakan mayat. Hatta jika orang Kelantan yang meninggal di KL dan kemudiannya diangkut untuk dikebumikan di KB, itu pun sudah tidak tertanggung siksa pada si mayat.

Berbalik cerita di US ini. Kita menyiksa mayat sebenarnya. Kita nak ambilnya untuk di kebumikan di Malaysia kononnya kasih kita padanya. Sebenarnya kalau kasih kita padanya ialah dengan mengkebumikan dia di tempat dia meninggal ( US lah!). Itulah kasih sebenarnya, hatta mayat itu kalau boleh bercakap dia akan beritahu warisnya supaya jangan bawa dia pulang. Sebab Allah suruh dia dikuburkan di tempat dia meninggal. Sudahlah semasa hidup banyak melakukan maksiat, hatta pada saat kematian pun mayat itu dipaksa melanggar perintah Allah.

Menyegerakan pengkebumian adalah perintah Allah dan dikuburkan ditempat kematian juga adalah perintah Allah. Bila nak bawa balik ke Malaysia, maka azab pada mayat yang belum dikebumikan semakin bertambah2, iaitu, dasar kerajaan US ini bila mayat itu nak diterbangkan, katakanlah dari Nebraska ke Los Angeles, maka mayat itu akan disedut segala cecair dalamannya. Peraturan penerbangan Amerika (dia kafir mana dia tahu!) ialah sebelum mayat itu dibawa menaiki pesawat, maka segala cecair dalam tubuh mayat termasuk otaknya akan disedut supaya memastikan mayat itu betul2 kering (kononnya on medical ground). Lepas itu dikeluarkan sijil kelulusan untuk naik pesawat.

Tidakkah ini suatu siksa pada mayat orang yang kita kasihi. Cecair dalam tubuhnya itu adalah sebahagian dari anggotanya yang menangis2 mahu dikebumikan bersama jasad, tetapi telah disedut dan jasad pula dikimiakan. Alangkah malangnya. Ini semua kerana gara2 dan kehendak waris2 yang mahu mayat itu dibawa pulang. Adakah kita anggap mayat itu barang angkutan?
Kalau ini disebabkan kita maka kita akan ditanya nanti. Perkara ini perlu difahami dengan sungguh2 kerana Allah Taala, kerana jika si mayat itu dikebumikan di US bukan sahaja belanja penerbangan beribu kita selamat, malah yang lebih penting mayat itu akan segera dikebumikan di US dan dia tidak perlu disedut apa2.
Kalau melanggar ketetapan Allah, maka beginilah jadinya dan akibatnya ada waris2 yang berkata,”Kalau arwah meninggal di Mekah, tidak mengapalah dia ditanam di Mekah, tetapi ini di Amerika..?!”. Kita kena faham, kemuliaan, mayat atau kubur itu tidak tergantung di mana kubur itu terletak. Kemuliaan dan keselamatan mayat di alam Qubur adalah tergantung kepada taqwa dia kepada Allah semasa hayatnya.
Kubur di Mekah sekalipun kalau hidup menentang Allah, maka itu bukan boleh dijadikan pelindung. Kalau nak syarah lebih2 perkara2 seperti ini kepada ahli2 waris disaat2 mereka sugul dan sedih itu terasa serba salah juga, maka di saat beginilah mungkin boleh kita utarakan. Orang kita kalau pasal nak mati di Mekah, bukan main berazam lagi. Memang tidak salah, tetapi kita kena ingat walau mati di mana sekalipun, kubur yang akan menjadi salah satu dari Taman2 Syurga atau salah satu dari lubang2 neraka, adalah bergantung, insya’Allah, kepada sejauh mana kita hidup mengikut hukum2 dan perintah Allah.

Orang islam yang faham, dia sanggup mati dan ditanamkan dimana2 sahaja sebab bumi ini semuanya hak mutlak Allah Taala dan di mana2 sahaja dia boleh beristirehat setelah dia hidup sebagai seorang hamba yang soleh/solehah yang bertaqwa, insya’Allah. Marilah kita sama2 ambil iktibar…………..

Wallahua’lam bissawwab...

Sunday, March 15, 2009

Pantasnye berlalu....

Saje jah nk post blog i yg agak lama dh tak bercerita di blog ku inih... tetibe teringat kat kengkwan lama...rindu mereka sumer..kengkwan mantan JAKSA 06/07. Bulan 6 nih kite bakal memeriahkan gathering kite di Bagan Lalang, Sepang. Aku akan menyusun atur program supaya gathering kite nnti akan menjadi satu kenangan yg takan dilupakan buat kite rakan2 memantan..hekhek..

tetibe terasa nk post gmbr2 kenangan masa degree dulu...sgt aktif yea aku dulu di UKM..terutamanya di kolej pendeta za'ba. Rindu kt kengkawan, ada yg dh keje, ade yg sambung belajar n ada jugak yg stil tak abes belajar lagi..nway...semoga berjaya dlm mengharungi kehidupan buat rakan2 ku..:)





~ni masa Malam Anugerah Seni UKM 07..(mlm kite agak2 kena tipu la ek)





~ni time Minggu Mesra Mahasiswa 07/08. aku yg ngah syok tido..hahah.. fasilitator yg sgt2 penat..



~preparation dinner kolej tuk malam junior time aku jd JAKSA...





~kami dianugerahkan pingat setelah penat lelah selama setahun menabur bakti..





~preparation malam dinner tuk senior lak...



~aku di malam itu...



~with cilut n yana..also my rakan mantan JAKSA

AKU BERSAMA JEJAKA2 YG TAK BERAPA NAK JADI JEJAKA


~me as mantan setiausaha with farol hadi as mantan exco HELA..



~aku bersama mantan YDP ku..yg menghadapi krisis gender ya



N LASTLY, WE OLZ TOGETHER IN MEMORY.. BUAT KENGKWAN MEMANTAN "WE PASS THIS ROAD ONCE AND ONLY ONCE"....







nntikan kemunculan aktiviti pertama kitaorg iaitu gathering di Bagan Lalang, Sepang. InsyaAllah bulan 6 nih..kepada rakan2 mantan..jom kite meriahkan Sepang..hehehe...

Friday, March 13, 2009

kasih diterima ya

hahhaha.dh lama rasenye tak update blog ku inih..kerana kebusyan yg teramat sgt minggu nih n selepas2 ini,mungkin..hekhek..

n sebenarnye dh lama pasan benda nih kat blog my junior, tp tula bak kata aku tadi, sgt2 takde masa..so arini..mengambil kesempatan tuk mengupdate jap.. nway, thanks to achap gumuk yg bg award nih.. tribute kat artis veteran tuh..dik, kitaorg tak veteran lagi ek.. artis 20-an ek..hahaha..thanks again..






rules....
1. copy paste the award at your blog once you got it.
2. make an entry if this is like a GRAMMY award :D

3. tag 5 other blogger.
4. NEVER break the chain, please..

hahah..Grammy award la sgt..n this award goes to:
1.pemilik blog A winter to Live
2. pemilik blog d stories 'bout my life
ni je kot. coz yg lain sumer dh dpt..hahaha..

Monday, March 09, 2009

abis dah holiday...hukhuk

esok g kelas....emmmm..komen sepanjang cuti selama 4 hari...besh2 mmg besh sebab cuti,..tp cuti kali ni sgt membebankan aku dengan keje yg menimbun tak siap...tu ar sape suh tak wat awal2 kan... mmhhh..no komen:P

aku demam selama 2hari, tp aku wat cm tak demam namun aku sgt malas untuk membuat kerja2 aku yg tertangguh,,,takde mood sgt2 nk ngadap keje tuh..dengan selsema yg tak menyelesakan aku, dengan batuk yg menyakitkan jiwa aku..sumer menambahkan mood malas aku itu,..nk wat cmne kan...dh nasib bdan...hoakhoak..

hari ni,,..aku dh sihat tp stil batuk yg amat teruk sehingga sakit dada...n selsema sikit2 lagi.. aku gigih siapkan keje aku,..Alhamdullilah siap gak satu keje,..n aku leh study tuk kelas esok...wahaaa...sonok sonok...

Saturday, March 07, 2009

nasib...

Ingatkan cuti selama 4hari nih, leh la menyiapkan segala kerja2 n assgment yg tak siap lagi.. aleh2 ape nye,.aku dilanda demam, selsema n batuk yg amat teruk sekali yea..makan ubat.pastuh tido...

Ptg td aku g farmasi, g beli ubat la konon.. cari ubat selsema yg tak ngantuk...nasib de jual kat farmasi tuh...tp tak tau la tul ke tak, sebab aku tak test mkn lg.tp aku rasa tak gune gak mkn ubat selsema tak ngantuk, pdhal ubat batuk tu ngantuk gak...takde lak jual ubat batuk yg tak ngantuk..kl tak dh lama aku beli...hohooho

btw..aku akan berusaha gak dlm mase cuti 4hari nih, tuk memanfaatkan nye tuk menyiapkan segala kerja2 ku,...chayok2...walaupun tak selesa dgn penyakit yg melanda

LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...